DI SINILAH TERATAK ILMU PRAENFANTS

Khamis, 23 Jun 2011

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN


Kelas: Prasekolah Enfants
Tarikh: 24 Februari 2011 (Khamis)
Bilangan Murid: 25 orang
Masa: 9.20-10.20 pagi (60 minit)

Modul: Teras asas
Tajuk / Tema: Sayur-sayuran
Tunjang Utama: Komunikasi – Bahasa Malaysia (BM)

Standard Kandungan: 
  1. (BM 2.1) Berinteraksi dengan mesra.
  2. (BM 3.2) Mengenal huruf vokal.
Standard Pembelajaran: 
  1. (BM 2.1.7) Menamakan objek dipersekitaran.
  2. (BM 3.2.3) Mengenal pasti huruf vokal yang terdapat dalam perkataan.
Kesepaduan: 
  1. (ST 13.1) Menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi secara accountable dan beretika.
  2. (KTI 1.1.5) Mewarnakan gambar dalam ruang tertentu.
Objektif
Pada akhir P&P, murid dapat:
  1. Menamakan pelbagai jenis sayur-sayuran yang terdapat di persekitaran mereka.
  2. Mengenalpasti huruf vokal yang terdapat dalam perkataan yang diberikan.
Pengetahuan sedia ada: 
Murid pernah melihat pelbagai jenis sayuran

KBKK: 
Menghubungkait dan menjana idea.

Penerapan  Nilai: 
Yakin, cermat, berkerjasama, bertolak ansur dan tekun.

Bahan Bantu Mengajar: 
  1. Carta perkataan
  2. Lembaran kerja 
  3. Bahan interaktif
Fokus MI: 
Intrapersonal, interpersonal, bahasa, visual spatial dan kinestatik.

Kosa Kata:
Sawi, bayam, tomato, kobis, lobak merah, timun dan cili.





Aktiviti:


Set Induksi (5 minit)


Isi Pelajaran:
  1. Menonton tayangan CD sambil menyanyi lagu ‘makanlah sayur-sayuran’.
Aktiviti:
  1. Murid menonton tayangan CD dari televisyen.
  2. Guru bersoal jawab dengan murid apakah yang terdapat di dalam tayangan tadi.
Catatan/Bahan:
  1. Bahan : VCD 
  2. Fokus MI : Intrapersonal, interpersonal, bahasa dan visual spatial. 
  3. KBKK : Menghubungkait

Langkah 1 (5 minit)


Isi Pelajaran:
  1. Contoh soalan : I
           Ini sayur apa?
           Apakah warna sayur ini?

Aktiviti:
  1. Murid mengenal jenis-jenis sayuran melalui tayangan slaid dengan bimbingan guru.
Catatan/Bahan:
  1. Nilai : Yakin
  2. KBKK : Menjana idea 
  3. Fokus MI :  Intrapersonal, interpersonal, bahasa dan visual spatial.

Langkah 2 (10 minit)


Isi Pelajaran:
  1. Huruf vokal a, e, i, o, u.
Aktiviti:
  1. Murid menyanyi lagu ‘ The AEIOU Vowel song’.
  2. Murid menyebut huruf vokal.
Catatan/Bahan:
  1. Bahan: CD lagu dan kad huruf vokal.
  2. Fokus MI :  Intrapersonal, interpersonal, bahasa dan visual spatial.


Langkah 3 (25 minit)


Isi Pelajaran:
  1. Mengisi huruf vokal dalam perkataan.
Aktiviti:
  1. Guru membimbing murid cara menjawab soalan dalam talian.
  2. Murid menjalankan aktiviti dalam kumpulan dan secara bergilir-gilir. Contohnya: kumpulan A menjawab soalan dalam talian dan selepas itu giliran Kumpulan B.
Catatan/Bahan:
  1. Bahan: CD  
  2. Fokus MI: Intrapersonal, interpersonal dan kinestatik.
  3. Nilai : cermat, berkerja sama dan bertolak ansur.



Langkah 4  (10 minit)


Isi Pelajaran:

    1. Mewarna.
    Aktiviti:
    1. Murid mewarna gambar sayur-sayuran.

    Catatan/Bahan:
    1. Bahan: Lembaran kerja dan pensel warna.
    2. Fokus MI: Visual spatial
    3. Nilai: Cermat dan tekun.



    Penutup  (2 minit)


    Isi Pelajaran:
    1. Refleksi.

    Aktiviti:
    1. Guru dan murid bersoaljawab tentang perasaan murid menjalankan aktiviti latihan interaktif dalam talian.
    2. Guru memberi pujian kepada kumpulan yang menunjukkan sikap berkerjasama dan bertolak ansur.
    Catatan/Bahan:
    1. Fokus MI: Interpersonal, intrapersonal dan bahasa.
    2. Nilai: Berkerjasama dan bertolak ansur.

     

    Praenfants © 2008. Distributed by Blogger Templates. Design By: SkinCorner