DI SINILAH TERATAK ILMU PRAENFANTS

Jumaat, 16 Disember 2011

VIDEO SESI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Sesi Pengajaran dan Pembelajaran Prasekolah
Tema: Kenderaan Di Darat
Tunjang: Sains & Teknologi
(Awal Sains & Awal Matematik)
Masa: 30 minit


Video ini boleh dilayari di youtube. klik di sini untuk dikongsi atau dimuat turun.

Khamis, 15 Disember 2011

BAHAN BANTU MENGAJAR


 Bahan Bantu Mengajar
Sesi Pengajaran & Pembelajaran
Prasekolah Enfants
Untuk Tugasan KPD 3026 Semester II


Carta Lagu yang disediakan oleh Nordianah Abdul Samat untuk Aktiviti menyanyi dalam slot Set Induksi. Beliau turut menggunakan muzik sebagai muzik iringan untuk lagu BAPA KU PULANG.

Kad Gambar yang disediakan oleh Masnizan @ Dayang Hj. Balus untuk aktiviti memperkenalkan jenis-jenis kenderaan di darat yang biasa dilihat oleh murid dalam P&P langkah II.




Graf Kenderaan dan Kad Gambar Kecil Kenderaan Di Darat yang disediakan oleh Magdalina S. Eyuh untuk aktiviti membuat pengelasan mengikut jenis kenderaan dalam P&P Langkah III.

Graf Kenderaan, Kad Gambar Kenderaan Kecil, dan Marker Pen yang disediakan oleh Lai Peit Tze untuk aktiviti menulis dan membanding beza bilangan kenderaan dalam  P&P Langkah IV.

Carta Lagu, Graf Kenderaan, Kad Gambar Kenderaan Besar dan Kecil yang disediakan oleh Salmiah Rahimen untuk aktiviti rumusan dalam P&P Langkah V.

Carta Gambar Kenderaan yang digunakan oleh Ribut @ Norhayati Jipin untuk aktiviti membunyikan bunyi kenderaan untuk P&P dalam slot Penutup.


Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran disediakan bersama dan semua ahli kumpulan sepakat menyiapkan BBM dan melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di sekolah masing-masing. Bagaimanapun Kad Gambar disiapkan bersama dalam bentuk softcopy yang kemudiannya dicetak dan dibina sendiri oleh ahli yang memerlukannya mengikut kreativiti masing-masing.


Semua ahli menjalankan sesi Pengajaran dan Pembelajaran secara penuh bermula dari Set Induksi hingga Penutup dan rakaman dibuat oleh ahli sendiri. Bagaimanapun video yang dibina hanya mengambil penggambaran yang menunjukkan tugas sebenar ahli yang kemudiannya digabungkan menjadi satu Video. 

PAPAN CERITA

Papan Cerita Sesi Pengajaran & Pembelajaran
Prasekolah Enfants
Untuk Tugasan KPD 3026 Semester II






Klik di sini untuk muat turun versi penuh Papan Cerita ini.

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Rancangan Pengajaran Harian
Prasekolah Enfants
Untuk Tugasan KPD 3026 Semester II




sila klik di sini untuk muat turun versi penuh RPH ini.

Sabtu, 25 Jun 2011

MENGENAL SAYUR-SAYURAN


Video ini pun menarik juga untuk digunakan dalam P&P Tema Sayur-Sayuran. Klik di sini untuk dikongsi atau muat turun video ini.


 

Praenfants © 2008. Distributed by Blogger Templates. Design By: SkinCorner