Video ini pun menarik juga untuk digunakan dalam P&P Tema Sayur-Sayuran. Klik di sini untuk dikongsi atau muat turun video ini.
DI SINILAH TERATAK ILMU PRAENFANTS
Sabtu, 25 Jun 2011
KOLEKSI VIDEO LAGU KANAK-KANAK
MAKANLAH SAYUR-SAYURAN
Lagu untuk set induksi.
The AEIOU Vowel Songs
Lagu untuk mengenal huruf vokal.
Khamis, 23 Jun 2011
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Kelas: Prasekolah Enfants
Kelas: Prasekolah Enfants
Tarikh: 24 Februari 2011 (Khamis)
Bilangan Murid: 25 orang
Masa: 9.20-10.20 pagi (60 minit)
Modul: Teras asas
Tajuk / Tema: Sayur-sayuran
Tunjang Utama: Komunikasi – Bahasa Malaysia (BM)
Standard Kandungan:
- (BM 2.1) Berinteraksi dengan mesra.
- (BM 3.2) Mengenal huruf vokal.
- (BM 2.1.7) Menamakan objek dipersekitaran.
- (BM 3.2.3) Mengenal pasti huruf vokal yang terdapat dalam perkataan.
- (ST 13.1) Menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi secara accountable dan beretika.
- (KTI 1.1.5) Mewarnakan gambar dalam ruang tertentu.
Pada akhir P&P, murid dapat:
- Menamakan pelbagai jenis sayur-sayuran yang terdapat di persekitaran mereka.
- Mengenalpasti huruf vokal yang terdapat dalam perkataan yang diberikan.
Murid pernah melihat pelbagai jenis sayuran
KBKK:
Menghubungkait dan menjana idea.
Penerapan Nilai:
Yakin, cermat, berkerjasama, bertolak ansur dan tekun.
Bahan Bantu Mengajar:
- Carta perkataan
- Lembaran kerja
- Bahan interaktif
Intrapersonal, interpersonal, bahasa, visual spatial dan kinestatik.
Kosa Kata: Sawi, bayam, tomato, kobis, lobak merah, timun dan cili.
Aktiviti:
Set Induksi (5 minit)
Isi Pelajaran:
- Menonton tayangan CD sambil menyanyi lagu ‘makanlah sayur-sayuran’.
Aktiviti:
- Murid menonton tayangan CD dari televisyen.
- Guru bersoal jawab dengan murid apakah yang terdapat di dalam tayangan tadi.
Catatan/Bahan:
- Bahan : VCD
- Fokus MI : Intrapersonal, interpersonal, bahasa dan visual spatial.
- KBKK : Menghubungkait
Langkah 1 (5 minit)
Isi Pelajaran:
- Contoh soalan : I
Apakah warna sayur ini?
Aktiviti:
- Murid mengenal jenis-jenis sayuran melalui tayangan slaid dengan bimbingan guru.
Catatan/Bahan:
- Nilai : Yakin
- KBKK : Menjana idea
- Fokus MI : Intrapersonal, interpersonal, bahasa dan visual spatial.
Langkah 2 (10 minit)
Isi Pelajaran:
- Huruf vokal a, e, i, o, u.
Aktiviti:
- Murid menyanyi lagu ‘ The AEIOU Vowel song’.
- Murid menyebut huruf vokal.
Catatan/Bahan:
- Bahan: CD lagu dan kad huruf vokal.
- Fokus MI : Intrapersonal, interpersonal, bahasa dan visual spatial.
Langkah 3 (25 minit)
Isi Pelajaran:
Isi Pelajaran:
- Mengisi huruf vokal dalam perkataan.
Aktiviti:
- Guru membimbing murid cara menjawab soalan dalam talian.
- Murid menjalankan aktiviti dalam kumpulan dan secara bergilir-gilir. Contohnya: kumpulan A menjawab soalan dalam talian dan selepas itu giliran Kumpulan B.
Catatan/Bahan:
- Bahan: CD
- Fokus MI: Intrapersonal, interpersonal dan kinestatik.
- Nilai : cermat, berkerja sama dan bertolak ansur.
Langkah 4 (10 minit)
Isi Pelajaran:
Isi Pelajaran:
- Mewarna.
Aktiviti:
- Murid mewarna gambar sayur-sayuran.
Catatan/Bahan:
- Bahan: Lembaran kerja dan pensel warna.
- Fokus MI: Visual spatial
- Nilai: Cermat dan tekun.
Penutup (2 minit)
Isi Pelajaran:
Isi Pelajaran:
- Refleksi.
Aktiviti:
- Guru dan murid bersoaljawab tentang perasaan murid menjalankan aktiviti latihan interaktif dalam talian.
- Guru memberi pujian kepada kumpulan yang menunjukkan sikap berkerjasama dan bertolak ansur.
Catatan/Bahan:
- Fokus MI: Interpersonal, intrapersonal dan bahasa.
- Nilai: Berkerjasama dan bertolak ansur.
Langgan:
Catatan (Atom)