Sesi Pengajaran dan Pembelajaran Prasekolah
Tema: Kenderaan Di Darat
Tunjang: Sains & Teknologi
(Awal Sains & Awal Matematik)
Masa: 30 minit
Video ini boleh dilayari di youtube. klik di sini untuk dikongsi atau dimuat turun.
Selamat datang & semoga apa yang dikongsi mendatangkan manfaat kepada semua...
Carta Lagu yang disediakan oleh Nordianah Abdul Samat untuk Aktiviti menyanyi dalam slot Set Induksi. Beliau turut menggunakan muzik sebagai muzik iringan untuk lagu BAPA KU PULANG. |
Kad Gambar yang disediakan oleh Masnizan @ Dayang Hj. Balus untuk aktiviti memperkenalkan jenis-jenis kenderaan di darat yang biasa dilihat oleh murid dalam P&P langkah II. |
Graf Kenderaan dan Kad Gambar Kecil Kenderaan Di Darat yang disediakan oleh Magdalina S. Eyuh untuk aktiviti membuat pengelasan mengikut jenis kenderaan dalam P&P Langkah III. |
Graf Kenderaan, Kad Gambar Kenderaan Kecil, dan Marker Pen yang disediakan oleh Lai Peit Tze untuk aktiviti menulis dan membanding beza bilangan kenderaan dalam P&P Langkah IV. |
Carta Lagu, Graf Kenderaan, Kad Gambar Kenderaan Besar dan Kecil yang disediakan oleh Salmiah Rahimen untuk aktiviti rumusan dalam P&P Langkah V. |
Carta Gambar Kenderaan yang digunakan oleh Ribut @ Norhayati Jipin untuk aktiviti membunyikan bunyi kenderaan untuk P&P dalam slot Penutup. |